Pendaftar Pertubuhan (ROS) berkata ia masih belum menerima surat rasmi daripada DAP mengenai hasrat parti itu untuk mengadakan pemilihan semula untuk jawatankuasa kerja pusat (CEC) pada 29 September ini.
"Pada masa ini, DAP hanya bercakap (mengenainya) kepada pihak media," kata Ketua Pengarah ROS, Datuk Abdul Rahman Othman yang dipetik berkata demikian dalam New Straits Times.
Oleh itu, katanya, beliau tidak boleh mengulas sama ada keputusan untuk hanya melibatkan calon yang sama yang bertanding sebelum ini, dalam pemilihan semula CEC, melanggar perlembagaan parti itu.
ROS dalam suratnya pada 30 Julai, mengarahkan DAP mengadakan pemilihan semula CEC kerana ia tidak puas hati dengan penjelasan parti itu berhubung "masalah teknikal" berkaitan keputusan pemilihan sebelumnya.
[Baca berita penuh]
