Tak cukup bukti bertindak pada pemaju Bukit Relau
Majlis Perbandaran Pulau Pinang berkata, mereka tidak dapat bertindak terhadap syarikat yang dikaitkan dengan penggondolan Bukit Relau seperti dituntut kumpulan NGO, ekoran tidak cukup bukti.
Dalam kenyataannya menjawab laporan
Malaysiakini
pada Jumaat, Presiden MPPP Patahiyah Ismail berkata, untuk mendakwanya, bukti mencukupi mesti dibentangkan dalam kes itu.
Tambahnya, bukti itu juga mesti memenuhi "terma pembangunan" yang disebut dalam Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (TCPA).
"Untuk membolehkan tindakan diambil bawah Seksyen 19(1) TCPA, beberapa tuduhan perlu dibuktikan terlebih dahulu.
"Ini termasuk pembinaan, kejuruteraan, perlombongan, industri dan sebarang operasi yang serupa dengan apa yang berada di dalam, atas dan bawah tanah atau perubahan yang dibuat terhadap tanah atau bangunan," katanya.

