Seorang penasihat undang-undang kepada Kuil Muneswarar, yang dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur semalam, mendakwa tindakan tersebut tidak sah kerana rumah ibadat tersebut terletak di atas tanah milik kerajaan.

M Manogaran berkata anggota jawatankuasa kuil tersebut enggan mengalah.

“Kuil dan tanah yang diambil terletak atas tanah kerajaan, bukan tanah pemaju. Tindakan itu tidak mengikut undang-undang. Mereka tidak bertindak atas perintah mahkamah atau notis undang-undang.

“Mengapa DBKL membantu pemaju mengambil tanah dengan tidak sah?,” soalnya yang menambah, jawatankuasa berkenaan kini sedang menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang.

Seramai 10 orang ditahan, termasuk Ketua Pemuda MIC Wilayah Persekutuan D Tharmakumaran dan aktivis PKR ditahan di lokasi terbabit di Jalan P Ramlee, Kuala Lumpur kerana cuba menghalang kerja-kerja DBKL semalam.

[Baca berita penuh]