Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata para pemimpin bahagian parti tersebut yang gagal membawa kemenangan kepada parti tersebut dalam pilihan raya 5 Mei lalu perlu berundur secara terhormat.

NONE Laporan Utusan Malaysia Online menyebut, Noh menggesa demikian bagi membolehkan akar umbi tersebut dipimpin oleh ketua bahagian baru dan untuk menjamin kelangsungan parti di negeri dikuasai Pakatan Rakyat itu.

"Umno bukan kepunyaan ketua-ketua bahagian. Sebagai ketua bahagian, kepimpinan kita adalah setakat untuk memajukan Umno dan memastikan kejayaan kepada parti.

"Pada pandangan saya, kalau jadi ketua bahagian dalam banyak penggal sekali pun tetapi tidak mampu beri kemenangan kepada parti, apa guna jadi pemimpin... berilah peluang kepada orang lain dengan idea baru," katanya seperti dipetik dalam laporan tersebut.

[Berita penuh menyusul]