Persidangan akan datang Parlimen pada bulan ini akan membincangkan berhubung pindaan Akta Pencegahan Jenayah 1959 bagi memberikan lebih kuasa kepada polis menentang jenayah, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi.

Katanya, undang-undang itu yang digunakan di semenanjung pada masa kini akan turut diguna pakai di Sabah dan Sarawak.

NONE Berucap di Universiti Sains Malaysia (USM) di Pulau Pinang hari ini, Zahid ( kanan ) bagaimanapun berkata, hak polis menahan suspek selama 72 hari seperti diperuntukkan tidak akan dipanjangkan lagi.

Katanya, perkara itu perlu bagi menangani peningkatan kadar jenayah dalam negara ini, yang menyaksikan banyak kes tembakan berlaku.

Ini ekoran kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa akta itu boleh digunakan oleh menangani jenayah serius.

[Baca berita penuh]