Kementerian Wilayah Persekutuan menjelaskan bahawa tiada peruntukan khas yang mengawal tindakan penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ketika menjalankan operasi di tempat ibadat.

Timbalan menteri Datuk Dr Loga Bala Mohan berkata apa-apa peruntukan atau garis panduan operasi (SOP) akan hanya dibentuk selepas perbincangan dengan DBKL.

"SOP mereka umum, tiada peruntukan khas untuk kuil. Ada aduan bahawa (penguatkuasa) DBKL memakai kasut (ketika masuk ke tempat ibadat), kita akui perkara itu,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Mengulas tindakan DBKL ke atas kuil Sri Muneswarar Kalyamman di Jalan P Ramlee pada hari Ahad lalu, beliau mendakwa premis yang dipagar oleh pegawai berkenaan “pada asalnya sebuah kantin”.

Katanya, struktur tersebut adalah satu penambahan bukannya kuil itu sendiri.

Tambahnya, berhala dilletakkan di tempat tersebut pada November lalu.

[Baca berita penuh]