Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Anwar, Karpal tuntut mohon maaf, tarik balik buletin TV3
Diterbitkan:  Sep 4, 2013 8:28 PM
Dikemaskini: 12:38 PM

Pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Karpal Singh menuntut Alt Media Sdn Bhd memohon maaf dan menarik balik buletin berita TV3 berhubung dakwaan kedua-duanya terlibat dalam amalan merasuah hakim dan pendakwa.

NONE Mereka merujuk kepada Buletin Utama di TV3 pada 2 Ogos berkaitan

dakwaan calon Umno bagi Parlimen Permatang Pauh dalam pilihan raya umum lalu, Mazlan Ismail yang beliau menerima berbeg surat mendakwa Anwar membayar Karpal RM50 juta sebagai fi guaman sejak tahun 2008 untuk merasuah hakim dan pendakwa.

Alt Media, yang berpejabat di Sri Pentas, mengendalikan syarikat digital dan media baru konglomerat media berkenaan.

Dalam satu surat tuntutan berasingan, kedua-dua menyifatkan buletin berita tersebut palsu dan berniat jahat.

Ia memberi Alt Media tempoh tujuh hari dari tarikh penerimaan surat tersebut untuk menarik balik dan memohon maaf atas penyiaran berita itu, jika tidak, tindakan undang-undang akan diambil.

NONE Anwar (kanan) dan Karpal telah menafikan dakwaan Mazlan dan telah

membuat laporan polis mengenai perkara itu pada 4 Ogos, dua hari selepas berita itu disiarkan.

Selepas itu, Anwar dan Karpal berhadapan dengan tekanan oleh pihak-pihak tertentu untuk mengisytiharkan harta mereka, yang telah ditolak oleh Karpal sebagai "tidak penting".

Bagaimanapun, Mazlan kemudiannya membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan tersebut.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS