Pengarah Presiden PT Bank Internasional Indonesia (BII), Datuk Khairussaleh Ramli meletak jawatan, dan pulang ke Malaysia atas sebab-sebab peribadi.

    

Dalam satu kenyataan hari ini, Presiden Persuruhjaya BII, Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor berkata BII sudah mencatat pertumbuhan dalam tempoh beberapa suku walaupun persekitaran operasi sangat mencabar, dan transformasinya menjadi bank persahabatan akan diteruskan.

    

"Seorang pegawai sementara yang dipertanggungjawabkan, Thila Nadason yang juga Pengarah Kewangan BII, dilantik

mengendalikan operasi harian syarikat itu bagi memastikan sasaran perniagaan dan usaha sama pemegang kepentingan, sementara lembaga pengarah mempercepat proses mencari Pengarah Presiden baru," katanya.

    

Megat Zaharuddin adalah juga pengerusi Malayan Banking Bhd.

- Bernama