DAP akan memenuhi permintaan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk mengeluarkan surat rasmi bagi memaklumkan jabatan tersebut mengenai butiran pemilihan semula jawatankuasa eksekutif pusatnya (CEC).

Setiausaha penganjur DAP Anthony Loke berkata parti itu tidak boleh memberi maklum balas lebih awal kerana perlu memaklumkan para perwakilan terlebih dahulu mengenai pemilihan 29 September, mengikut perlembagaan parti.

"Memandangkan ROS sangat birokratik dan sugul dengan kami, mendakwa kami melakukan perang media, kami akan menghantar surat kepada mereka dan menyerahkan dengan tangan petang ini,” kata Loke.

Tambahnya, DAP telah melantik juruaudit antarabangsa dan mengedarkan surat kepada semua perwakilan.

Surat tersebut akan diedar kepada 2,576 perwakilan hari ini, yang memberi tempoh lebih tiga minggu – lebih lama dari tempoh tujuh hari yang ditetapkan.

[Baca berita penuh]