MCA hari ini membatalkan keputusan jawatankuasa disiplinnya untuk menggantung keahlian Exco Kerajaan Johor, Datuk Tee Siew Kiong selama tiga tahun kerana tidak mematuhi pendirian parti itu untuk menolak jawatan dalam kerajaan.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, pembatalan itu dibuat ekoran bukti baru yang diperolehi pihak parti - salinan titah Sultan Johor yang dikemukakan oleh Tee, yang dibentangkan kepada jawatankuasa pusat parti itu.

"Dalam kes Tee, beliau mengemukakan bukti baru, titah sultan, yang pelantikannya tidak berdasarkan kepada syor parti.

Bercakap selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pusat selama lima jam, Chua berkata ia menunjukkan bahawa pelantikan Teh dibuat atas titah sultan.

"Jadi selepas perbincangan yang panjang, majoriti (jawatankuasa pusat) MCA merasakan bahawa penggantungan Tee harus ditarik balik," katanya.

[Baca berita Penuh]