Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Finas akui kemerosotan kutipan filem tempatan

Kemerosotan kutipan beberapa filem tempatan memang diakui berlaku dan usaha sedang dilakukan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) untuk mengatasi masalah itu.

Ketua Pengarah Finas Raja Rozaimie Raja Dalnish Shah berkata Finas akan mengadakan perbincangan dan kajian dengan pihak industri perfileman untuk mencari jalan mengembalikan keyakinan masyarakat menonton filem tempatan.

tanda putera premiere 200813 reception "Kemerosotan kutipan ini macam ada kecenderungan (trend). Ada dua tiga tahun sebelum ini memang orang kata jualan tiket (kutipan) mendadak naik tetapi ada kalanya ia turun...dua tiga tahun turun, lepas itu naik balik.

"Perkara ini berlaku di mana-mana termasuk di Hollywood dan Bollywood...begitulah keadaannya. Kalau kita cakap pasal filem Tanda Putera setelah lapan hari ditayangkan di pawagam, filem itu setakat ini memperolehi kutipan RM557,488," katanya kepada pemberita selepas sidang media Festival Filem dan Video Pelajar Malaysia ke-10 (FFPVM-10) 2013 di Nilai semalam.

Turut hadir Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Prof Dr Asma Ismail.

NONE Raja Rozaimie berkata filem 'Tanda Putera' sekarang ini bersaing dengan filem 'KL Zombie'.

Katanya Tanda Putera adalah sebuah filem sejarah negara dan filem kenegaraan yang berat tetapi Finas sanggup menghasilkan filem sebegini supaya dapat memberi pengajaran kepada orang awam untuk menerima kehadiran filem berat seperti ini.

"Jika tidak, kita banyak disajikan dengan filem-filem berbentuk komersial semata-mata. Saya suka ingatkan di sini, apabila kita menghasilkan produk (filem), kita jangan hanya tumpu untuk pasaran dalam negara tetapi perlu juga fikirkan produk yang boleh dipasarkan di peringkat antarabangsa. Finas akan sedia membantu ke arah itu," katanya.

Filem Tanda Putera mengisahkan kehidupan dua negarawan iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dan Allahyarham Tun Dr Ismail Abdul Rahman, tentang bagaimana dua tokoh ini membina semula negara ketika berdepan dengan pelbagai halangan dan cabaran.

Sementara itu, Asma berkata USIM dengan kerjasama Finas akan mengadakan Festival Filem dan Video Pelajar Malaysia ke-10 di Stadium Tertutup Nilai selama dua hari mulai 15 Nov.

Pada majlis itu, Raja Rozaimie menyerahkan cek RM135,000 sebagai penajaan Finas terhadap festival berkenaan kepada Asma.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS