Syarikat perlombongan Raub Australian Gold Mining (RAGM) memulakan tindakan saman ke atas tiga anggota Ban Cyanide Action Group (BCAC), yang sering mengkritik lombong syarikat tersebut di Bukit Koman, Raub, di Pahang.

Syarikat tersebut mengemukakan tiga kenyataan tuntutan kepada pengerusi BCAC Wong Kim Hoong, naib presiden Hue Shieh Lee, dan setiausaha Hue Fui How.

RGAB mendakwa individu berkenaan mendakwa individu berkenaan melakukan fitnah melalui tiga kenyataan yang dibuat dalam dua laporan berita, diterbitkan laman Malaysiakini dan Free Malaysia Today (FMT).

RGAB sebelum ini mengemukakan saman ke atas Malaysiakini dan FMT, dengan dakwaan bahawa bahaya berhubung bahan sodium sianida yang digunakan untuk mengeluarkan emas adalah tidak berasas.

Saman ke atas aktivis berkenaan difailkan oleh RAGB melalui peguam mereka, Messrs Zul Rafique & Partners.

Syarikat tersebut menuntut ganti rugi am, teladan dan gantirugi teruk bagi "fitnah dan penipuan jahat", selain injunksi ke atas individu terbabit bagi menghalang mereka dari mengulas aktiviti syarikat tersebut.

Quantum tuntutan terbabit bagaimanapun tidak dinyatakan.

[Baca berita penuh]