Zahid: Polis dedah ahli politik dikait kongsi gelap
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata polis akan mendedahkan nama anggota kongsi gelap serta ahli politik yang dikaitkan dengan kumpulan terbabit.
Ahmad Zahid dalam satu laporan Berita Harian hari ini juga enggan mendedahkan sama ada anggota politik terlibat dari parti kerajaan atau pembangkang.
Katanya, kementeriannya telah menyerahkan nama tersebut kepada pasukan polis yang akan menentukan masa untuk mendedahkan identiti berkenaan.
“Kita serahkan nama kepada PDRM (Polis Diraja Malaysia). Saya tak campur tangan dalam tugas PDRM, jadi mereka akan ambil tindakan mengikut lunas undang-undang.
"Tunggu Bukit Aman keluarkan nama mereka... bila akan dedahkan?, saya serah kepada polis,” katanya seperti dipetik dalam laporan tersebut.
[Berita penuh menyusul]

