Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Seorang bekas timbalan menteri menafikan bahawa beliau pernah menemui bekas timbalan menteri dalam negeri Tan Sri Megat Junid Megat Ayub pada 1986 dan menerima arahan untuk mengadakan “Projek IC”.

NONE Datuk Yahya Lampong (right), memberitahu persidangan suruhanjaya diraja berhubung imigran Sabah bahawa Megat Junid seorang yang budiman dan tidak pernah terlibat dalam Projek IC.

Namanya dikaitkan oleh seorang saksi RCI sebelum ini, Hassnar Ebrahim, yang berkata beliau dan Yahya bertemu Megat Junid pada 1986 dan diberi taklimat secara tidak rasmi mengenai Projek IC.

Yahya berkata perkara itu tidak benar kerana beliau telahpun keluar dari Parti Berjaya ketika pertemuan itu didakwa berlaku.

Tidak benar bahawa saya sedang merancang untuk mendaftar pengundi baru. Saya tidak terlibat langsung, kata Yahya ketika memberi keterangan.

Namanya juga dikaitkan dalam buku tulisan MD Mutalib mengenai Projek IC dan imigran asing yang diberi kerakyatan di Sabah.

“Saya tidak percaya Megat Junid terlibat dalam perkara ini. Beliau seorang budiman,” katanya.

Yahya bagaimanapun enggan mengemuakan saman ke atas Hassnar kerana mengaitkan namanya ketika siasatan RCI.

Beliau mendakwa Hassnar tidak boleh dipercayai.

“Jika beliau seorang budiman, saya akan saman dia esok,” katanya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS