Tema 'Ubah' dalam program seni cetus persoalan
Persoalan sama ada DAP menggunakan pengaruh dalam promosi pertandingan seni dengan tema “Ubah” anjuran Muzium dan Galeri Seni Negeri Pulau Pinang kini masih menjadi tanda tanya.
“Ubah” merupakan slogan parti pada pilihan raya umum 5 Mei.
Pembantu kurator muzium berkenaan, Fairudz Ikhwan Zulkifli bagaimanapun menafikan spekulasi seperti itu.
Katanya, tema untuk pertandingan itu telah dicadang dan diputuskan oleh jawatankuasa galeri seni negeri.
Beliau menafikan bahawa ahli politik terlibat semasa proses untuk memilih dan memutuskan tema berkenaan.
“Muzium dan Galeri Seni Pulau Pinang di bawah skop kerajaan negeri tetapi semua ahli jawatankuasanya bukanlah ahli politik.
Portfolio keseniaan sebelum ini diletakkan bawah bidang kuasa anggota exco Chong Eng tetapi kini berada bawah Ketua Menteri Lim Guan Eng, yang juga menyelia isu warisan Pulau Pinang.

