Kalimah 'Allah' tak cetus kekacauan, kata peguam
Diterbitkan: Sep 10, 2013 5:22 PM | Dikemas kini: Sep 10, 2013 6:11 PM
Peguam mewakili Gereja Roman Katolik dalam hujahan di Mahkamah Rayuan membangkitkan bahawa kalimah 'Allah' telah digunakan di Sabah dan Sarawak untuk mewakili Tuhan dan perkara ini tidak menyebabkan sebarang kekacauan.
Porres Royan berkata kalimah tersebut digunakan oleh Kristian di Timur Tengah dan juga orang Kristian di negara Indonesia dan tidak menimbulkan sebarang insiden.
Katanya, menteri dalam negeri tidak mengemukakan bukti bahawa kalimah tersebut boleh menggugat keselamatan awam.
Porres mengetuai barisan peguam yang mewakili ketua biskop Gereja Roman Katolik, dalam permohonan mereka ke atas rayuan kerajaan dalam isu penggunaan kalimah 'Allah' dalam penerbitan mingguan Herald Catholic.

