Pengerusi sekretariat Ulama Muda Umno Fathul Bari Mat Jahaya berkata pihak yang mengkritik tulisannya bertajuk 'Harga barang ketetapan Allah' memahami perkara itu dengan makna tersurat.

Fathul Bari dalam satu rakaman video menjelaskan, tulisannya yang disiarkan akhbar Sinar Harian pada hari Ahad lalu menyentuh rukun iman keenam, iaitu percaya kepada qada dan qadar.

Katanya, golongan yang mengkritik pandangannya itu bersikap seperti "lebai ekonomi keyboard" kerana cuba kelihatan lebih pandai dari Nabi Muhammad.

Tambahnya, pandangannya itu adalah berdasarkans atu hadis nabi yang menyebut bahawa baginda tidak dapat mengawal harga barangan yang naik pada masa itu.

Hanya Allah yang dapat mengawal perkara seperti itu, katanya.

Katanya, golongan yang mengkritik tulisannya itu tidak memberi kritikan membina tetapi mengikut emosi.

[Baca berita penuh]