mk-logo
Berita
Nazri samakan Chin Peng dengan Osama Laden

Mempertahankan langkah kerajaan tidak membenarkan abu mayat Chin Peng dibawa pulang, menteri kebudayaan dan pelancongan hari ini mengaitkan pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) itu dengan Osama bin Laden.

NONE Datuk Seri Nazri Aziz ( kiri ) berkata, selepas tentera Amerika Syarikat (AS) menembak mati pemimpin jaringan al-Qaeda itu, mayatnya kemudian dikebumikan di laut.

Sehubungan itu, katanya, langkah kerajaan Malaysia itu bukan sesuatu yang luar biasa.

"Saya tidak fikir kita patut minta maaf kepada sesiapa kerana kamu tahu, Osama juga dianggap pengganas, apa yang Presiden (Barack) Obama lakukan?

"Mayatnya hilang dan tidak dibawa balik ke Arab Saudi, AS atau ke mana-mana, ia dihumban ke laut.

"Apa yang kita lakukan bukan sesuatu yang luar biasa, ada alasan di sebaliknya. Dan rakyat Amerika serta orang yang menderita (akibat serangan 911) tidak membantah.

" Osama bin Laden... kamu beritahu saya, di mana mayatnya sekarang?" kata Nazri kepada pemberita ketika merasmikan sebuah pesta seni di Kuala Lumpur hari ini.

[Baca berita penuh]

Nyatakan sokongan anda pada kewartawanan mapan

Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk melaporkan kebenaran. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini sebagai sumber kewartawanan berkualiti. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk mempertahankan ketelusan dan keadilan.

Tanpa tauke untuk menentukan bentuk pemberitaan; bebas daripada pengaruh politik dan komersial, Malaysiakini hanya mempunyai satu sahaja bos - anda, rakyat.

Mengambil kesempatan ini, kami ingin mengucapkan terima kasih atas rasa cinta anda kepada tanah air serta kepercayaan yang diberikan untuk kami menggalas tugas ini - sebagai semak dan imbang kepada kekuasaan.

Kami bergantung kepada langganan anda untuk mempertahankan pendirian ini. Terima kasih.

Lagi berita dari pengarang :
Lagi berita seperti ini :
Paling Popular
Terkini