Polis Cawangan Khas telah berhenti menyediakan laporan berhubung prestasi wakil rakyat dan peluang mereka dalam pilihan raya kepada ketua kerajaan Pulau Pinang sejak Pakatan Rakyat mengambil alih negeri itu pada 2008, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng.

dap launch impian sarawak 110913 lim guan eng 2 "Polis Cawangan Khas tidak pernah menyediakan sebarang laporan kepada ketua menteri Pakatan Pulau Pinang sejak memegang jawatan pada 2008 tetapi mungkin hanya kepada menteri dalam negeri," kata Lim, seperti didedahkan bekas exco negeri Toh Kin Woon dalam Tribunal Rakyat BERSIH.

Katanya, walaupun mempengerusikan mesyuarat bulanan Majlis Perundingan Keselamatan dan Ketenteraman Awam Negeri Pulau Pinang(MPKKANPP), dihadiri oleh ketua polis negeri, hanya masalah jenayah dibincangkan.

"Tiada sebarang maklum balas daripada Cawangan Khas dan negeri tidak mempunyai akses kepada maklumat mengenai prestasi mana-mana wakil rakyat atau mana-mana kawasan yang lemah yang memerlukan perhatian," katanya.

Dalam kenyataannya hari ini, Lim berkata, walaupun tiada laporan dari Cawangan Khas, kerajaan negeri tetap akan meneruskan mesyuarat MPKKANPP kerana ia platform berkesan untuk memanfaatkan sumber dan meningkatkan bekerjasama semua agensi bagi memerangi jenayah.