Pilihan raya umum sudah tamat dan kini demam pemilihan parti pula berjangkit ke acara kerajaan.

Menjelang sebulan lagi pemilihan Umno, calon-calon, termasuk menteri, kelihatan makin giat mengingatkan orang ramai, terutamanya pegawai kerajaan berhubung pertembungan mereka merebut atau mempertahankan jawatan masing-masing.

NONE Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ( kanan ) yang melancarkan Karnival Usahawan Desa di Putrajaya semalam turut memulakan ucapannya dengan mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana menang tanpa bertanding kerusi timbalan presiden Umno.

"Kami harap kedua-dua pemimpin ini (Muhyiddin dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak) bukan sahaja memimpin parti tetapi terus juga memimpin kerajaan," katanya di hadapan kira-kira 5,000 peserta yang rata-ratanya Melayu.

Kemudian dalam ucapan penutup, Muhyiddin membalasnya dengan berkata, Shafie juga mempertahankan jawatan naib presiden yang disandangnya - komen yang ternyata menyebabkan peserta ketawa kecil.

[Baca berita penuh]