Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mohon maaf berhubung kenyataan 'balik Cina, India'
Diterbitkan:  Sep 27, 2013 9:15 PM
Dikemaskini: 1:19 PM

Penolong pengetua SMK Engku Husain dilaporkan telah memohon maaf kerana meminta pelajar "balik China dan India".

Memetik seorang kakitangan yang tidak disebut namanya, akhbar Sin Chew Daily melaporkan bahawa permohonan maaf itu dibuat dalam mesyuarat dengan persatuan ibubapa dan guru semalam.

Kakitangan tersebut dipetik sebagai berkata isu itu kini dianggap telah selesai.

Sin Chew juga mendakwa bahawa wakil dari pejabat pendidikan daerah turut melawat sekolah itu semalam.

Dilaporkan bahawa penolong pengetua tersebut telah membuat kenyataan itu semasa sesi perhimpunan petang pada 23 September.

Pengetuanya, Abdul Ghafar Kunchi Mohd memberitahu Sin Chew bahawa pelajar, sesetengahnya tidak faham Bahasa Malaysia dengan baik, telah dinasihat, diberi amaran, malah disebat kerana tidak menyanyi atau menghormati 'Negaraku', tetapi tidak berhasil.

[Baca berita penuh]

 1. Lagi kes guru suruh pelajar 'balik China, India'


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS