Hindraf mendakwa, pemimpin de factonya, P Uthayakumar yang sepatutnya mendapatkan layanan yang lebih baik selepas mengadu kepada mahkamah, sebaliknya kini mendapat layanan lebih buruk di Penjara Kajang.

RN Rajah, timbalan setiausaha Hindraf yang sealiran dengan Uthayakumar mendakwa, selepas mengadu sewaktu hadir di mahkamah pada 24 September 2013, Uthayakumar kini ditempatkan di bilik pesalah hukuman mati.

Beliau mendakwa, Uthayakumar kini dinafikan kerusi plastik yang

sebelum ini diberikan kepadanya untuk meringankan penderitaan yang mengalami prolapsed disc.

"Kakinya mula membengkak lagi," katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Selasa lalu, Uthayakumar (kanan), yang mengalami sakit kencing manis, telah mengadu mengenai layanan buruk terhadapnya sewaktu hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk pengurusan kes rayuannya terhadap hukuman kesalahan hasutan ke atasnya.

Pendaftar Mahkamah Nooraini Yusof ketika itu berkata beliau akan menulis surat kepada pihak berkuasa penjara supaya melihat keperluan perubatan Uthayakumar.

[Baca berita penuh]