Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Harga rumah PPR kekal RM35,000
Diterbitkan:  Oct 7, 2013 6:59 PM
Dikemaskini: 11:02 AM

Kerajaan tidak bercadang menaikkan harga rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) meskipun terdapat desakan ke arah itu atas alasan kenaikan kos barang mentah di pasaran.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata walaupun RM35,000 seunit adalah kadar lama namun buat masa ini, kerajaan tidak akan berganjak daripada harga itu.

"Saya tidak menafikan tekanan dalam membina rumah ini memang berlaku memandangkan biaya pembinaannya sudah meningkat dari setahun ke setahun," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Habitat Sedunia 2013 di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata PPR dibina dengan kos RM160,000 seunit dan kerajaan memberi subsidi sebelum menjualnya kepada golongan yang berhak pada harga RM35,000.

"Bukan sekadar itu, kerajaan turut mentadbir dari sudut penyelenggaraannya dengan memberi dana khas," katanya sambil menambah kajian jangka panjang juga sedang dibuat berhubung pemberian insentif khas, termasuk cukai, kepada pemaju perumahan yang membangunkan projek PPR.

Sambutan Hari Habibat Sedunia dirai selama tiga hari dan berakhir hari ini.

Ia bertema 'Urban Mobility' yang memfokus kepada pengangkutan di kawasan bandar.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS