Boo tak hadir mesyuarat dengan pemimpin DAP
Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau gagal hadir ke mesyuarat kepimpinan parti malam tadi yang diadakan khusus bagi membincangkan rungutan yang dibangkitkannya.
Dihubungi hari ini, Boo berkata beliau tidak sihat dan tidak dapat hadir ke mesyuarat itu. Beliau menafikan sengaja berbuat demikian.
"Saya tidak tahu apa berhubung perkembangan mesyuarat dan kamu (pemberita) patut tanya siapa yang hadir," katanya.
Mesyuarat itu diadakan selepas Boo membuat kritikan secara terbuka terhadap projek Impian Sarawak dan Impian Sabah DAP.
Beliau mendakwa projek itu dan pengumpulan dana berkaitannya tidak diluluskan oleh jawatankuasa eksekutif pusat (CEC).
Menurutnya, beliau tidak menyuarakan perkara itu pada mesyuarat CEC pada 16 Jun kerana kedudukan CEC dari sudut undang-undang ketika itu masih kurang jelas.
Salah satu lagi sebabnya beliau berdiam diri kerana Impian Sarawak merupakan projek bawah DAP Sarawak.
"Saya tidak berniat campur tangan dalam autonomi mereka," katanya dalam sidang media.
Impian Sarawak merupakan projek DAP di kawasan pedalaman Sarawak. Parti iti itu merancang menyediakan kemudahan asas seperti air bersih, elektrik dan pendidikan kepada penduduk kampung.
Sejumlahlah dana dirancang untuk dikutip untuk projek ini. Bagaimanapun, Boo mahu DAP menumpukan kepada projek Impian Malaysia, yang dirangka untuk penduduk luar bandar Melayu dan pengundi India.

