Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini membebaskan empat anggota polis yang dituduh mencederakan ahli perniagaan Chia Buang Hing atas alasan kecederaan Chia berlaku semasa penangkapannya.

Menyampaikan penghakimannya, Majistret Nik Mohamed Fadli Nik Azlan berkata, beliau membuat keputusan itu berdasarkan tiga isu, iaitu  sama ada penangkapan Chua sah, sama ada beliau diserang atau sekiranya buktinya dirancang.

Nik Mohamed Fadli berkata, polis menahan Chua secara sah selepas Chua memandu tanpa cukai jalan dan insurans, serta membantah penangkapannya.

"Penahanan itu sah," kata Nik Mohamed Said.

Majistret juga membebaskan L/Cpl Norzali Rosle atas dua tuduhan membuat laporan polis berhubung parang dan dadah yang ditemui dalam pemilikan Chia.

Selain Norzali, tiga lagi anggota polis yang dibebaskan itu adalah Mohd Azwan Hassan, Ahmad Saifullah Osman dan Alizulhafiz Abdul Ghafar.

[Baca berita penuh]