Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pemangku setiausaha agung Gerakan Mah Siew Keong berkata parti itu perlu mengkaji keupayaan model politik BN untuk membolehkan mereka kembali aktif selepas kekalahan dua kali berturut-turut dalam pilihan raya sebelum ini.

Mah berkata parti itu perlu mengubah persepsi masyarakat bahawa Gerakan “tunduk” kepada Umno.

NONE"Kita perlu membuang pandangan ini. Jika tidak, Gerakan akan menghadapi lawan yang sukar (dalam pilihan raya umum selepas ini),” kata Mah yang akan bertanding bagi merebut jawatan presiden parti dalam pemilihan Sabtu.

Gandingannya ialah pengerusi Gerakan Kedah Dr Cheah Soon Hai yang akan bertanding jawatan timbalan presiden.

Dalam manifesto bersama yang diumumkan kepada media hari ini, Mah dan Cheah berikrar untuk mengetaui reformasi dalam BN dengan membentuk kumpulan kajian bagi mengkaji keupayaan model politik BN.

Kajian tersebut antara lainnya akan meliputik pihak berkepentingan dari sektor awam dan swasta, termasuk pemimpin NGO, kesatuan, dewan perniagaan dan pertubuhan seumpamanya.

Gandingan tersebut mensasarkan untuk menerbitkan laporan kumpulan kajian tersebut menjelang Jun 2014 dan akan mengemukakannya kepada majlis tertinggi BN.

Mah yang merupakan seorang bekas MP dan timbalan menteri berkata persepsi umum sering menggambarkan bahawa BN dikawal oleh satu parti tertentu.

“Ini adalah kenyataan yang tidak dapat kita hindari dan kita berharap untuk berbincang mengenai perkara ini dengan kesemua parti BN.

“Benar atau tidak, persepsinya ialah kita sering 'tunduk' (kepada Umno),” katanya.

[Baca berita penuh]

ADS