Korban: Menteri, timbalan berbeza pendapat
Kementerian Pendidikan Malaysia tidak akan menghalang upacara korban dijalankan di sekolah-sekolah, kata Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi II Datuk Seri Idris Jusoh.
"Tapi setiap program perlu mengambil kira sensitiviti kaum lain di sekolah tersebut dan dilaksanakan dengan sifat saling hormat menghormati," kata Idris.
Kenyataannya di Facebook itu kelmarin dilihat berbeza sama sekali dengan apa yang diucapkan Timbalan Menteri Pendidikan II P Kamalanathan pada 24 Oktober lalu.
Kamalanathan sebelum ini dilapor menegaskan bahawa sekolah tidak dibenarkan menyembelih korban seperti di SK Puchong Jaya semasa sambutan Aidiladha yang mencipta kontroversi selepas dibantah penganut Hindu.
Bagaimanapun, kata Kamalanathan lagi, larangan itu tidak dinyatakan dalam pekeliling tetapi hanya dalam bentuk nasihat kepada pihak sekolah dari semasa ke semasa.

