Seperti yang dijangkakan, perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), pengurangan subsidi (untuk satu barang sahaja buat masa kini dan mungkin lebih banyak untuk masa akan datang) dan peningkatan peruntukan perbelanjaan diselitkan dalam Belanjawan 2014.

Ini dilakukan bawah lima teras rangka kerja perdana menteri, bersama-sama harapan untuk mengurangkan fiskal defisit negara.

Secara terus terang, dari perspektif perancangan, saya percaya belanjawan mengandungi beberapa langkah yang diperlukan untuk meningkatkan taraf ekonomi melalui pembangunan infrastruktur asas untuk rakyat.

Ia juga untuk meningkatkan pembangunan modal insan dengan memberi fokus kepada kemahiran dan pengetahuan yang baik, peningkatan aktiviti ekonomi untuk meningkatkan pelaburan dana domestik dan asing dan penstrukturan sistem percukaian.

Bagaimanapun, ini adalah pandangan umum yang sama mengenai perancangan bajet, setiap tahun.

Apa lagi langkah seterusnya? Adakah kita sebagai rakyat hanya perlu duduk dan tidak mengendahkan apa yang disampaikan dan berfikir bahawa setiap apa yang disampaikan akan mengukuhkan lagi ekonomi seperti yang disampaikan oleh perdana menteri?

Sebuah belanjawan hanyalah pelan, sekiranya tiada langkah-langkah yang diambil semasa pelaksanaan, maka kita mungkin melihat peningkatan fiskal defisit yang lebih banyak untuk 2014 jika dibandingkan dengan 2013.

Tumpu pada isu berkaitan kos dahulu

Seperti yang disebut dalam artikel sebelum ini, apa yang kita hadapi lebih kepada masalah kos dan bukannya masalah hasil.

Masalah kos yang dihadapi dari segi pembaziran dan kehilangan sumber disebabkan pengurusan sumber yang tidak berkesan dan tidak cekap.

Antara perkara yang timbul di fikiran saya apabila membaca belanjawan itu, adalah jumlah peruntukkan RM46.5 bilon untuk pembangunan.

Memetik ucapan perdana menteri:

"Daripada peruntukan pembangunan yang berjumlah RM46.5 bilion ringgit itu, sejumlah RM29 bilion ringgit disediakan untuk sektor ekonomi.

"Sebanyak RM10.5 bilion ringgit bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat. Seterusnya RM3.9 bilion ringgit diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan.

"Selebihnya, RM1.1 bilion bagi pentadbiran am dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka."

Pertama sekali, terdapat pelbagai rancangan yang memakan jutaan ringgit seperti pembangunan lima wilayah koridor, pembangunan Lebuhraya Pantai Barat dari Banting ke Taiping, RM700 juta untuk sistem pengurusan lalu lintas udara, RM128 juta untuk menaik taraf ibu pejabat polis dan pejabat polis daerah serta perumahan staf kakitangan polis.

Apa yang tidak jelas kepada orang ramai sama ada anggaran kos yang ditunjukkan ini tepat mengikut kos pembangunan.

Adakah kos bahan, buruh mencerminkan harga pasaran dan akan ada bajet tambahan untuk menyokong kos yang tidak termasuk dalam belanjawan yang disampaikan.

Pada tahun 2013, Laporan Ketua Audit Negara mendapati Jabatan Taman Laut membeli teropong marin untuk 2,805 peratus lebih tinggi dari harga pasaran, MARA membeli oven pada harga RM1,200 sedangkan harga sebenar di pasaran RM419, dan banyak lagi situasi di mana barang-barang dibeli pada kadar yang terlalu tinggi berbanding nilai pasaran.

Tambahan pula, beberapa pelan induk dalam perancangan seperti Pelan Sektor Perkhidmatan dan Dasar Penerbangan Nasional, siapakah yang akan diubah untuk membangunkan mereka dan pada kos apa?

Apakah kemungkinan kita tidak akan mendapat satu lagi isu Pelan Pembangunan Pendidikan Negara?

Apakah perbelanjaan luar jangka?

Kedua, apakah perkara yang jatuh di bawah kategori "luar jangka"? Sebuah nilai besar sebanyak RM2 bilion diperuntukkan untuk luar jangka.

Satu laporan juga menunjukkan 12.4 peratus daripada belanjawan keseluruhan diperuntukkan untuk perbelanjaan "lain-lan".

Kategori-kategori ini perlu terus dijelaskan kepada orang ramai, seperti yang kita tahu bagaimana pilihan raya umum ke-13 telah meningkatkan perbelanjaan kerajaan yang lebih besar.

Tanpa penjelasan yang betul, rakyat akan melihat ini sebagai sebuah langkah untuk menambah semula ‘tabung simpanan kerajaan'.

Satu lagi kandungan utama Belanjawan 2014 yang menarik perhatian adalah penubuhan beberapa dana.

Ini termasuk Skim Usahawan Pasar Malam dan Dana Keusahawanan Siswazah yang masing-masing berharga RM100 juta dan RM50 juta.

Walaupun ia inisiatif munasabah untuk meningkatkan pembangunan usahawan dan pengukuhan perusahaan kecil dan sederhana, apakah langkah-langkah yang dilaksanakan untuk mengurangkan isu pinjaman tidak berbayar?

Peminjam yang tidak membayar semula pinjaman hanya akan menyumbang kepada peningkatan kos.

Perdana menteri tidak menyatakan perkara ini dalam ucapan belanjawan - yang penekanan akan diberi untuk meningkatkan perbelanjaan kecekapan serta memperbaiki kaedah audit.

Sebahagian daripada rancangan itu dengan mengambil tindakan proaktif untuk projek-projek bernilai lebih RM100 juta melalui audit semasa perlaksanaannya.

Soalan utama, bagaimana proses audit akan dilaksanakan, siapa yang akan menjalankan audit ini, apakah isi kandungan yang akan diaudit?

Adakah skop terhad diberi dalam peringkat pelaksanaan? Bagaimana pula dengan fasa pembinaan konsep dan reka bentuk.

Pengajaran dari audit di Singapura

Singapura mempunyai gateway process untuk mengukuhkan pengurusan kos projek pembangunan sektor awam.

Proses ini melibatkan pementasan kelulusan bagi kajian konsep, reka bentuk, dan perlaksanaan.

Sebuah panel panel penasihat projek pembangunan memainkan peranan untuk memeriksa spesifikasi dan reka bentuk projek di peringkat awal konsep.

Tambahan pula, untuk memastikan penggunaan sumber kewangan yang cekap dan berkesan, Value for Money Review Office (bawah Jabatan Akauntan Negara, Kementerian Kewangan) kerap menjalankan kajian terhadap projek kerajaan.

Kajian ini dilakukan untuk memastikan akauntabiliti, nilai untuk wang, dan disiplin fiskal dalam sektor awam.

Dalam peralihan daripada Belanjawan 2014, perdana menteri hendaklah lebih telus dan terbuka kepada orang ramai berkenaan bagaimana proses belanjawan dijalankan (bagaimana wang peruntukan dianggarkan).

Dan apakah pelan tindakan untuk memastikan inisiatif dan projek yang akan dilaksanakan dengan cekap dan berkesan (proses tender, akauntabiliti, langkah-langkah kawalan kos dan proses audit).

Dengan memberi penjelasan kepada maklumat-maklumat tersebut, orang ramai akan mempunyai rasa yang lebih baik mengetahui di mana dan bagaimana pendapatan tambahan akan dibelanjakan.

OECD belanjawan

Bagi negara-negara OECD, satu kajian terperinci dijalankan untuk mengenalpasti mekanisme untuk memperbaiki proses belanjawan.

Pada asasnya, Kementerian Kewangan boleh menggunakan keputusan prestasi (KPI) untuk memberi motivasi kepada agensi-agensi kerajaan bagi meningkatkan prestasi.

Kementerian kewangan mempunyai mekanisme yang berpotensi yang boleh digunakan. Insentif ini boleh diberikan dari segi kewangan mahupun bukan kewangan, dan formal mahupun tidak formal.

Terdapat 3 mekanisme untuk menguruskan proses belanjawan:

(1) Pendanaan

Mekanisme

  • Meningkatkan pembiayaan kepada kepada kementerian.
  • Mengekalkan status quo kepada pembiayaan kementerian.
  • Meningkatkan bajet kakitangan.
  • Memberi bonus pengurusan dan bonus pekerja.

Ganjaran

  • Mengurangkan atau menyekat pembiayaan kementerian.
  • Menghapuskan pembiayaan kementerian.
  • Memotong bajet kaki tangan.

(2) Fleksibiliti

Mekanisme

  • Membenarkan kementerian untuk mengekalkan dan membawa lebih keuntungan kecekapan.
  • Membenarkan fleksibiliti untuk pemindahan dana antara program berbeza dan/atau perbelanjaan operasi.
  • Meningkatkan keperluan-keperluan untuk laporan.
  • mengembalikan segala pembiayaan.

Ganjaran

  • Mengembalikan segala pembiayaan.
  • Menghadkan kebolehan untuk pemindahan dana.
  • Membebaskan kementerian daripada beberapa keperluan laporan-laporan tertentu.
  • mengarahkan audit untuk pengurusan agensi kerajaan.

(3) Pengiktirafan rakyat

Mekanisme

  • Mengiktiraf pencapaian kementerian secara terbuka.

Ganjaran

  • Mengkritik secara terbuka prestasi kementerian.

(Di atas mekanisme yang ada kepada kementerian kewangan untuk memberi motivasi bagi meningkatkan prestasi kementerian/agensi kerajaan.)

Australia dan United Kingdom (UK) mempunyai syarat yang mengaitkan peningkatan perbelanjaan atau perbelanjaan baru untuk sasaran prestasi atau penilaian prestasi.

Sebagai contoh, UK mempunyai pendekatan yang lebih sistematik yang mana setiap jabatan membangunkan rancangan perbelanjaan tiga tahun dan perjanjian perkhidmatan awam, termasuk sasaran prestasi berunding dengan Kementerian Kewangan.

Kementerian Kewangan boleh menggunakan keputusan prestasi untuk memegang kementerian dan agensi-agensi lain yang bertanggungjawab untuk prestasi.

Masih terdapat debat yang berterusan tentang bagaimana keputusan prestasi seharusnya dikaitkan kepada pembiayaan.

Terdapat banyak bahagian yang boleh diperbaiki dalam Bajet 2014. Kita perlu menangani isu-isu berkaitan dengan kos dengan mengenalpasti dan memperbaiki kebocoran sumber wang dan meningkatkan proses kajian belanjawan dengan belajar daripada negara dengan amalan terkemuka.

Kerajaan juga perlu berusaha untuk meningkatkan pelaksanaan belanjawan dengan menetapkan sasaran dan mengkaji prestasi setiap kementerian.

Setiap orang dewasa yang bekerja adalah pembayar cukai secara langsung atau tidak langsung, jadi kerajaan BN mesti bertanggungjawab kepada semua masyarakat.

Malangnya, Belanjawan 2014 tidak menumpukan kepada semua pihak yang berkepentingan. Masyarakat Melayu dan India diperuntukkan dana untuk pembangunan manakala masyarakat Cina ditinggalkan.

Bajet ini perlu diperuntukkan untuk semua, bukan untuk orang-orang yang hanya menyokong parti pemerintah.


NONERAJA SHAHRIR penyelidik di Institut Rakyat, sebuah badan pemikir yang berkait rapat dengan PKR. Tweet di @RajaShahrir dan Facebook Raja Ahmad Shahrir.