Pemberian permit penerbitan adalah keistimewaan dan bukan hak, begitu hujah kerajaan dalam Mahkamah Rayuan hari ini bagi menentang usaha pengendali Malaysiakini Mkini Dotcom Sdn Bhd mendapatkan permit penerbitan.

Peguam kanan persekutuan Norhisham Ismail berkata, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah terkhilaf apabila memutuskan pemberian permit penerbitan merupakan hak bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan, berkaitan kebebasan bersuara.

Katanya, ia bukan hak kerana permit itu harus diminta.

"Perbezaan perlu dibuat antara permohonan dan penarikan balik permit. Malang, hakim Mahkamah Tinggi tidak dapat membezakan perbezaan kedudukan ini," kata Norhisham.

[Baca berita penuh]