Festival Filem Kesatuan Eropah (EUFF) yang ke-14, mulai 7 Nov hingga 15 Dis akan dimulakan dengan tayangan 23 filem dan dokumentari yang memenangi anugerah dari 20 negara Eropah, di pawangan terpilih Golden Screen, kata Delegasi Kesatuan Eropah (EU) ke Malaysia.

Pawagam terpilih ialah GSC Mid Valley, 1Utama dan Pavilion KL (7-17 Nov), GSC Gurney Plaza di Georgetown, Pulau Pinang (21-27 Nov) dan GSC Suria Sabah di Kota Kinabalu dari 5-11 Dis, katanya dalam kenyataan.

Beberapa aktiviti juga sedang diatur pada tahun ini sempena festival berkenaan seperti demonstrasi memasak dan sampel makanan Greek selain penonton juga berpeluang memenangi dua tiket penerbangan Air France ke Paris serta hadiah-hadiah yang lain dengan mengambil bahagian dalam peraduan 'Pasaport to Europe'.

Duta dan Ketua Delegasi EU ke Malaysia, Luc Vandebon berkata EUFF merupakan platform menarik untuk pertukaran budaya dan membawa Eropah lebih dekat dengan Malaysia, 'dengan menyediakan pentas pawangan ke dalam warisan kita, landskap, yang menakjubkan serta pelbagai cerita."

Sejak kemunculan sulung di Kuala Lumpur pada tahun 2000, EU telah melihat EUFF berkembang, bukan sahaja di beberapa negara yang mengambil bahagian, filem dan pawagam tetapi juga dari segi sokongan daripada penggemar filem tempatan, katanya dalam kenyataan.

Tiket untuk EUFF berharga RM6, kecuali bagi filem 'Kryptonite!' (Itali), 'London The Modern Babylon' (UK) dan 'Sleep Tight' (Sepanyol) yang akan akan ditayangkan secara percuma, menurut kenyataan itu, menambah bahawa barisan filem di EUFF tahun ini, mempunyai pelbagai genre dari komedi, romantik dan drama sehingga animasi dan dokumentari.

EUFF dianjurkan Delegasi EU ke Malaysia dengan kerjasama kedutaan dan institusi kebudayaan 18 anggota negara EU, Norway dan Switzerland.

Maklumat lanjut mengenai festival dan jadual tayangan boleh layari di www.euff.com.my atau www.facebook.com/myeuff.

- Bernama