Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jagung baru Kota Marudu dihasilkan menerusi kultur tisu
Diterbitkan:  Nov 11, 2013 10:35 AM
Dikemaskini: 2:37 AM

Rancangan sedang dibuat untuk memperkenalkan jagung jenis baru dihasilkan menerusi teknik kultur tisu, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili semalam.

Ongkili, yang juga anggota Parlimen Kota Marudu, berkata jagung jenis baru itu akan menggunakan teknik kultur di makmal kultur tisu Inovasi BioBorneo yang didirikan di Kota Marudu.

Usaha itu bertujuan menggalakkan petani mempelbagai hasil tanaman mereka untuk meraih pendapatan lebih besar.

Jagung adalah satu dari hasil utama pertanian Kota Marudu.

Ongkili berucap pada perasmian Pesta Jagung Tahunan ke-13 di Kota Marudi yang merupakan salah satu acara utama dalam program pelancongan negeri ini.

Ongkili berkata pertanian terus menjadi aktiviti utama di Kota Marudu dengan sejumlah 18,000 hektar tanah dikerjakan untuk aktiviti pertanian.

Bagi mempelbagai aktiviti tersebut, Majlis Pembangunan Pertanian Kota Marudu memperuntukkan RM180,000 untuk membina empat lagi rumah kediaman burung walet.

Sejumlah RM30,000 lagi diperuntukkan bagi bekalan baja kepada 40 pengusaha kebuh getah dan kelapa sawit, kata beliau.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS