Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Struktur siling Hospital Serdang diperkukuh
Diterbitkan:  Nov 15, 2013 5:46 PM
Dikemaskini: 9:49 AM

Hospital Serdang kini dalam proses memperkukuh keseluruhan struktur siling secara berperingkat, kata Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Datuk Farida Mohd Ali.

Menurutnya, kerja-kerja pengukuhan siling diselia bersama dengan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan mesyuarat bersama Ketua Jabatan telah diadakan bagi memaklumkan mengenai kerja pengukuhan siling itu.

    

"Kerja-kerja ini telahpun dimulakan dan pengukuhan siling di Aras 2 dilakukan pada hari yang sama," katanya dalam kenyataan hari ini.

    

Semalam, beberapa kepingan siling di bilik pemulihan wad rawatan Neonatal (NICU) runtuh dalam kejadian awal pagi tetapi tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

    

Hospital yang menelan belanja RM690 juta itu mula beroperasi Disember 2005 dan dibina khusus untuk menampung sekitar 570,000 penduduk Serdang, Putrajaya, Kajang dan Bangi.

- Bernama

1. Siling wad NICU Hospital Serdang runtuh


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS