Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Menteri: Kadar baru cukai taksiran pintu di KL belum diputuskan
Diterbitkan:  Nov 16, 2013 7:28 PM
Dikemaskini: 4:32 PM

Cadangan untuk menaikkan kadar cukai taksiran pintu sekitar ibu kota mengikut nilai hartanah semasa adalah wajar dan bukan bertujuan membebankan rakyat, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

    

Beliau berkata ini kerana sudah 21 tahun cukai itu tidak dinaikkan.

    

"Harga rumah di situ lebih sejuta dua juta tetapi mereka bayar harga lama (kadar cukai pintu lama)," katanya kepada pemberita selepas Program Hari Kanak-Kanak Wilayah Persekutuan 2013 di Putrajaya hari ini.

    

Bagaimanapun, Tengku Adnan berkata kementerian itu hanya akan membuat keputusan muktamad berhubung kadar cukai baharu selepas mendapat maklum balas penduduk sebelum 17 Disember ini.

    

Beliau berkata perkara itu juga akan dibincang dengan kesemua 13 wakil rakyat Wilayah Persekutuan pada 21 November ini.

    

Katanya, notis penyelarasan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kepada warga kota baru-baru ini hanya merupakan kadar yang dicadangkan sahaja.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS