Exco: Kami tolak asap & sanggup hilang undi
Langkah kerajaan Pulau Pinang mewujudkan kawasan bebas rokok di kawasan warisan dunia Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di George Town, menimbulkan kemarahan pengendali perniagaan.
Bagaimanapun, kerajaan negeri akan tetap meneruskan rancangan itu walaupun berpotensi hilang undi dalam pilihan raya umum ke-14 akan datang, yang mesti diadakan sebelum 2018.
"Kami tidak berada di sini untuk popular, tetapi menjalankan dasar-dasar yang baik," kata exco kerajaan negeri Phee Boon Poh (kiri).
Dalam satu sesi dialog, Phee membariskan nama-nama negara yang menjadi tumpuan tinggi pelancongan seperti Singapura dah Thailand yang melaksanakan dasar itu.
"Jika Hatyai dapat lakukannya, yang pada suatu masa semua orang orang merokok di pusat hiburan atau kedai yang dimasuki, kita juga dapat melakukannya," katanya.
Semasa dialog itu, pengarah kedai kopi China House Shirley Abdullah, membangkitkan persoalan berhubung bagaimana kerajaan negeri mahu menguatkuasakan dasar itu kepada pelancong.

