VIDEO l 7:36 minit

Kerajaan menjelaskan, pembakar (insinerator) yang dicadangkan di Taman Beringi, Jinjang, hanya salah satu daripada pilihan untuk pemprosesan tenaga daripada bahan buangan yang masing dirancang.

Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) Datuk Nadzri Yahaya berkata, menteri berkaitan tersilap apabila mengatakan kerajaan membuka tender antarabangsa untuk loji pembakar.

NONE"Kadangkala dalam percakapan, kita guna perkataan insinerator supaya semua orang faham," Nadzri (kanan) memberitahu anggota Parlimen, pemimpin NGO dan penduduk setempat di dewan orang ramai Jinjang di Kuala Lumpur malam tadi.

Beliau bagaimanapun berkata ia bukannya salah menteri dan beliau bertanggungjawab penuh kerana memberikan maklumat yang salah kepada menteri.

Nadzri juga mengesahkan ia, loji pemprosesan "sampah kepada tenaga" itu memang dirancang.

Dialog itu disusun dengan notis pendek oleh anggota Parlimen Kepong Tan Seng Giaw. JPSPN bersetuju menemui 20 penduduk setempat bagi menjelaskan pendirian kerajaan.

[Baca berita penuh]