VIDEO l 4:37 minit

Kerajaan Johor mesti menjelaskan mengapa pengguna perlu membayar lebih untuk bekalan air yang dirawat sedangkan kerajaan sudahpun mendapat keuntungan daripada jualan mentah kepada Singapura dan Melaka.

Sambil melabelkan langkah untuk menaikkan tarif air itu sebagai "salah", Ahli Parlimen DAP Kulai, Teo Nie Ching berkata ini hanya menunjukkan bahawa BN mengambil mudah sokongan dari pengundi rakyat Johor.

Beliau melahirkan kekecewaan bahawa Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau, Datuk Maximus Johnity Ongkili telah menolak cadangannya untuk membahaskan tarif air di Johor di Parlimen semalam.

NONE Dalam satu kenyataan hari ini, Teo memberikan data untuk

menunjukkan bahawa Johor memperolehi masing-masing RM230,000 dan RM200,000 sebulan daripada jualan air mentah kepada Melaka dan Singapura.

Walaupun begitu, rakyat Johor membayar tarif yang tertinggi di Malaysia untuk bekalan air yang dirawat - 159 peratus melebihi purata nasional, katanya.

Sebagai contoh, bekalan 35 meter padu pertama air berharga RM1.05 satu meter padu, jauh melebihi purata nasional sebanyak 66 sen bagi satu meter padu.

Pengguna industri membayar RM2.80 bagi satu meter padu bagi bekalan 80 meter padu air pertama, atau 210 peratus lebih daripada tarif purata nasional sebanyak RM1.33 bagi satu meter padu.

Bayaran untuk bekalan air mentah ke Singapura, tegas Teo, tidak meningkat sejak 52 tahun lalu.

Oleh itu, tegasnya, tidak masuk akal bagi kerajaan Johor untuk meminta kerajaan persekutuan mengkaji semula kadar tarif air di negeri ini.

[Baca berita penuh]