Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Keadaan banjir di Terengganu bertambah buruk apabila bencana alam itu kini melanda daerah Marang selepas Kemaman, Dungun dan Hulu Terengganu.    

NONE

Menurut portal Majlis Keselamatan Negeri (MKN), keseluruhan mangsa banjir di Terengganu sekarang meningkat kepada 5,393 berbanding 4,929 orang petang tadi. 

   

Sehingga pukul 10 malam ini, sebanyak 68 pusat pemindahan telah dibuka di Terengganu iaitu 37 di Kemaman, 19 di Hulu Terengganu, 11 di Dungun dan satu di Marang.

   

Katanya di daerah Marang empat keluarga yang terdiri daripada 13 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan di Sekolah Pasir Puteh pada pukul 7 malam. 

   

Manakala Kemaman masih merupakan daerah terjejas paling teruk apabila 3,224 mangsa daripada 796 keluarga dipindahkan ke 37 buah pusat pemindahan sehingga malam ini.

   

Di Dungun pula, mangsa yang dipindahkan setakat ini meningkat kepada 1,035 orang dyang terdiri dari 269 keluarga berbanding 875 (233 keluarga) petang tadi.

Manakala di Hulu Terengganu pula, jumlah mangsa banjir turut meningkat daripada 1,093 (313 keluarga) petang tadi kepada 1,121 orang (328 keluarga) malam ini.

   

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri melaporkan air di beberapa buah sungai utama di negeri ini melepasi tahap bahaya sejak petang tadi.

- Bernama

ADS