Persatuan Hindraf Malaysia membuat laporan polis terhadap individu yang dipercayai mengupah samseng yang didakwa berkait dengan ahli politik Pulau Pinang.

Penasihat kebangsaan persatuan itu N Ganesan membuat laporan polis itu di Jalan Patani, ibu pejabat polis Timur Laut pagi semalam.

Laporan diterima oleh Koperal Tanabalan Ayasami Pillai.

NONE Dalam sidang media hari ini, Ganesan mendakwa, mesyuarat beberapa NGO India yang dihadiri kira-kira 50 orang di Caring Society, Jalan Utama pada 30 November diganggu dengan ganas oleh beberapa samseng.

Katanya, samseng itu mengancamnya mencederakannya dan cuba menghalang Hindu Endowment Board Pulau Pinang yang mahu menyerahkan memorandum berhubung dakwaan kelemahan pengurusan tempat pembakaran mayat kepada ketua menteri negeri Lim Guan Eng dan timbalannya P Ramasamy.

Krematorium di Batu Lanchang itu dikatakan mempunyai masalah apabila dua pembakar tidak berfungsi selama enam bulan sehingga menyebabkan si mati terpaksa dibakar secara terbuka.

Ganesan menyimpulkan bahawa samseng itu, terutamanya yang dikebali sebagai Rajendran, mengeluarkan kata-kata yang mengaitkan mereka dengan Lim dan Ramasamy

[Baca berita penuh]