Banjir: S'gor hantar bantuan segera ke Kuantan
Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor akan menghantar bantuan segera kepada mangsa banjir di Kuantan selepas empat hari hujan lebat turun berterusan.
Berikutan itu, ia telah menugaskan Exco Kerajaan negeri, Rodziah Ismail untuk menyelaras bantuan tersebut.
Rodziah menulis dalam tweetnya bahawa Selangor telah meluluskan RM50,000 bantuan banjir di Pahang.
Wang itu adalah untuk menghantar segera barangan keperluan serta kerja-kerja bantuan yang lain.
Bantuan seterusnya mungkin disalurkan kepada Johor dan Terengganu, yang turut dilanda banjir, katanya.
Rodziah berkata, ia merupakan kemanusiaan kerajaan Selangor untuk membantu rakyat Malaysia dalam situasi kecemasan.
Sebelum itu, kerajaan Selangor juga telah memberi sumbangan kepada mangsa banjir Cameron Highlands, kata seorang lagi Exco Kerajaan Selangor, Elizabeth Wong, dalam kiriman SMS kepada Malaysiakini, ketika ditanya mengenai bantuan kepada Pahang itu.

