'Perlembagaan Sunni' dicadang dalam Perkara 3
Isu pindaan perlembagaan persekutuan untuk memasukkan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah terus dibangkitkan dalam Perhimpunan Agung Umno 2013.
Malah, perwakilan secara spesifik hari ini mencadangkan pindaan itu dibuat dalam Perkara 3 Perlembagaan persekutuan yang menyebut Islam sebagai agama persekutuan.
Perwakilan Pulau Pinang Datuk Shabudin Yahya (
kanan
) mencadangkan mencadangkan dimasukkan frasa "Islam bertunjangkan Ahli Sunnah Wal Jamaah" dalam perkara itu.
Menurut, ia demi memperkasakan Islam di negara ini dan membendung ajaran yang bertentangan dengannya.
"Bila dibuat Islam bertunjangkan Ahli Sunnah Wal Jamaah, tidak ada lagi pihak dan badan (yang mempertikai). Kita masukkan Islam bertunjangkan Ahli Sunnah Wal Jamaah ke dalam perlembagaan Malaysia.
"Ahli Sunnah Wal Jamaah ini menolak kesesatan, perbuatan syirik, tidak ada ajaran sesat dan salah. Selepas ini tidak ada lagi ajaran Tuhan Harun, Al-Maunah," katanya ketika membentang usul agama dan pendidikan dalam perbahasan hari ini.
Sebelum ini, Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah menyatakan idea itu dan disambut dalam perbahasan pesidangan sayap Pemuda parti itu.
Sementara itu, Shabudin turut mencadangkan supaya perlembagaan Umno turut dipindan dengan menggantikan perkataan "slam sebagai agama rasmi " kepada "Islam agama bagi persekutuan" supaya ia selari dengan perlembagaan negara.

