VIDEO | 1.15 min

Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil menyeru semua pemimpin supaya tidak lagi tunduk kepada pembangkang.

Sharizat menambah bahawa pergerakan wanita kami sudah tidak rela lagi dengan tindakan dan tohmahan pembangkang untuk mematah semangat ahli Umno.

Beliau juga sempat berjanji pergerakan wanita Umno akan menjadi kubu pertahanan Umno daripada serangan parti pembangkang.

"Jangan kita selalu tunduk sangat kepada pembangkang ni, kenapa kita nak kena ikut kata mereka? Kenapa kita nak kena ikut tarian mereka?

"Sebenarnya kita lah yang mencatur politik pembangunan yang ada di Malaysia.

"Insya-Allah dengan semangat baru wanita Umno sebagai tulang belakang, percayalah kami wanita sebagai ibu akan menjadi benteng utama membantu tuan-tuan semua membawa kepada pembangunan bangsa dan agama," katanya ketika ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Umno.

Pada masa yang sama, beliau turut mencadangkan Amanah Ikhtiar dinaiktarafkan kepada status bank ekoran peminjam terbesar skim pinjaman Amanah Ikhtiar golongan wanita.

Sekaligus, menjadi bank wanita yang memberi perkhidmatan terus kepada golongan wanita dan memberi peluang kepada wanita terlibat dalam bidang keusahawanan.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Puteri Umno Mas Ermieyati Shamsudin pula berkata, pergerakan itu menggalakkan penyertaan wanita muda dalam bidang profesional sebagai satu langkah untuk mempersiapsiagkan golongan itu dalam soal kepimpinan dan rasa tanggungjawab.

"Pergerakan puteri Umno perlunya kita mendapat sokongan daripada orang muda di kalangan profesional, di kalangan pelajar-pelajar, di kalangan orang muda yang memegang APO-APO untuk terlibat dalam puteri.

"Dengan wujudnya Biro Sahabat Puteri kita dapat mendapat lebih sokongan golongan muda,

" (Ia) menunjukkan Umno bukan parti eksklusif bukan inklusif," katanya.

Beliau turut memberikan komentar positif terhadap penglibatan wakil mahasiswa nasional dalam perbahasan usul perhimpunan agung tahun ini.

Pada masa yang sama sempat mengkritik parti pembangkang sering mempergunakan golongan muda dalam tindakan yang memberi imej negatif pada negara.

"Kita tak macam sebelah sana gunakan anak muda buat demonstrasi jalanan, kita bukan macam tu," katanya.