Permohonan untuk singkir Shafee didengar 19 Dis
Mahkamah Rayuan hari ini menangguhkan pendengaran permohonan kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyingkirkan peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dari mengetuai pendakwaan bagi pihak kerajaan dalam rayuan kes Liwat II.
Peguam Tommy Thomas yang bertindak sebagai peguam Anwar dalam permohonan tersebut berkata beliau memerlukan masa untuk memberi jawapan kepada afidavit Shafee yang baru diterimanya pada pagi ini.
Rayuan pihak pendakwaan ke atas pembebasan Anwar dalam kes Liwat II, yang ditetapkan untuk pendengaran pada hari ini, juga akan didengar pada 19 Disember apabila pengurusan kes dijalankan.
Peguam Anwar, Karpal Singh tidak hadir ke prosiding mahkamah hari ini kerana dirawat di Hospital Kuala Lumpur sejak 7 Disember lalu.
Shafee berhasrat agar kes tersebut dijalankan secepat mungkin dan beliau turut memberitahu Mahgkamah Rayhuan bahawa beliau bersedia untuk membatalkan percutiannya bagi tujuan itu.

