'Datang lewat bermakna tak hormati KM'
DUN P PINANG Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Law Choo Kiang melahirkan rasa tidak puas hati dengan masalah kelewatan ADUN sejak sidang dewan Isnin lalu.
Law berkata ketiadaan beberapa ADUN pagi ini ketika Ketua Menteri, Lim Guan Eng menyampaikan ucapan penggulungan, menunjukkan sikap tidak hormat kepada beliau dan sidang dewan.
"Pada masa tertentu, ia (kedatangan ADUN) amat tidak
bagus sama sekali, terutamanya di waktu pagi dan selepas rehat tengah hari," kata Law (kanan) ketika ditanya mengenai empat hari sidang dewan.
"Sebagai contoh, saya telah memberi notis dua hari lalu bahawa Lim akan menyampaikan ucapan penggulungan hari ini.
"Walaupun demikian, hanya 13 ADUN ada di dalam dewan, termasuk Lim dan dua exco. Ini menunjukkan rasa tidak hormat kepada ketua menteri dan dewan."
Law berkata tiada alasan untuk wakil rakyat datang lewat.
Law yang juga ADUN Bukit Tambun berkata, beliau bertolak dari rumahnya di Seberang Perai pada jam 730 pagi dan tiba di pulau untuk melaksanakan tugas pada jam 830 pagi.
"Jadi tiada alasan untuk lewat," katanya.
Baca Berita Penuh

