Ketua Wanita MCA Yu Chok Tow hari ini menggesa parti itu supaya berubah dan menganggapnya sekarang peluang terakhir untuk berbuat demikian atau bersedia untuk dilupakan.

Katanya, parti itu sudah pun terlepas peluang untuk berubah selepas kekalahan dalam pilihan raya umum 2008, menyebabkan prestasi buruk berulang dalam pilihan raya umum 2013.

NONE "Sebagai parti politik berasaskan kaum Cina yang mendakwa mewakili masyarakat Cina, MCA hanya menang kira-kira 15 peratus undi Cina dan jumlah undi daripada pengundi muda yang dimenangi MCA hampir-hampir tiada.

"MCA jadi hampir-hampir tidak relevan. Jika MCA gagal bangkit dan menjana kekuatan kembali, parti politik 64 tahun ini nampaknya akan dilupakan... Sahabat-sahabatku, ini peluang terakhir untuk MCA berubah.

"Kita tidak boleh lagi terlepas peluang untuk perubahan ini. Jika kita gagal berubah, kita tidak akan diberikan peluang lagi oleh rakyat dan sejarah.

"Masa tidak menunggu kita," kata Yu ketika menyampaikan ucapan dasar ketua Wanita MCA dalam kongres tahunannya hari ini.

Beliau berkata demikian kepada 1,838 pewakilan yang akan mengundi kepimpinan baru pergerakan itu hari ini. Kadar kehadikan hari ini 87.03 peratus.

[Baca berita penuh]