Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pihak longgok sampah di MRR2 akan kena tindakan

Tindakan akan diambil terhadap pihak yang melonggok sisa pepejal di bahu Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Kepong sehingga menyebabkan kesesakan teruk di kawasan itu semalam.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata perbuatan itu melanggar Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam selain menjejaskan imej Kuala Lumpur.

Abdul Rahman dalam satu kenyataan berkata kerja pembersihan longgokan sampah terbabit telah dilaksana dan selesai pada pukul 5 petang tadi.

Selain itu katanya bagi menangani masalah penutupan sementara pusat pemindahan sampah di Taman Beringin, Jinjang, sampah yang dikutip akan dihantar terus ke tapak pelupusan di Bukit Tagar.

Terdahulu, Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Datuk Salleh Yusop dilapor berkata penutupan pusat pemindahan sampah itu disebabkan kerosakan mesin pemampat.

Dalam laporan awal Bernama menyebut sampah terbabit dilonggok di bahu jalan di MRR2 oleh kontraktor mengangkut sampah kerana mereka dikatakan tidak ada pilihan selepas tidak dimaklumkan mengenai penutupan pusat pemindahan itu.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS