Tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menganugerahkan kontrak pelupusan sampah Taman Beringin kepada anggota keluarga seorang pemimpin Umno dipertikaikan anggota Parlimen pembangkang.

Ong Kian Ming (DAP-Serdang) mendakwa, penerima kontrak tiada pengalaman langsung menguruskan projek sebegitu.

Beliau juga mempersoal kenapa kontrak itu diberikan pada 2011 kerana stesen pemindahan sampah Taman Beringin itu dilaporkan bermasalah sejak pengambil alihan, seperti diketengahkan Datuk Bandar.

oriental daily report on garbage highway dumping 241213 Justeru, Ong menggesa Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Rahman Dahlan mendedahkan kos kontrak pengurusan yang diberi kepada syarikat bekas ahli politik itu dan kenapa dia dipilih.

“Saya juga minta menteri beri jaminan bahawa pihak terlibat, termasuk syarikat dan kontraktor sampah, akan disiasat dengan teliti dan jika didapati bertanggungjawab, mereka akan dijatuhkan hukuman dan denda sepatutnya,” katanya.

Dalam kenyataannya hari ini, Ong juga mendesak menteri menganugerahkan projek seterusnya Taman Beringin melalui tender terbuka dan bukan hanya memberikan Alam Flora untuk menguruskannya.

[Baca berita penuh]