Kesatuan, wartawan arus perdana harus ke depan
Ketika pengamal media ditekan, terbaru dalam kes penggantungan mingguan The Heat , wartawan dan aktivis media menuntut Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) tampil lebih tegas memperjuangkan kebebasan media di tanah air.
Dalam forum kebebasan media di ibu negara malam tadi, Ketua Pemberita
Free Malaysia Today
G Vinod
(
kiri
) berkata, sebuah pertubuhan yang berperanan memperjuangkan nasib wartawan Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) patut tampil ke depan.
"Di mana NUJ? Saya tidak sepatutnya berada di sini sebagai pembahas tetapi NUJ yang patut berada di sini.
"Forum ini berkaitan organisasi media yang telah dibuli. NUJ sebagai pertubuhan membela nasib organisasi media tapi di mana kamu?" soal Vinod dalam forum anjuran perkumpulan longgar wartawan Gerakan Media Marah (GERAMM).
Wartawan veteran Kee Thuan Chye (
kanan
) yang turut hadir merungut tentang kurangnya tindakan daripada pengamal media arus perdana dalam mempertahankan rakan-rakan mereka yang lain.
"Kenapa NUJ tidak mengetuai perjuangan untuk media bebas?
"Bagaimana kita mahu gerakkan rakan-rakan dari media arus perdana untuk turut sama menyertai perjuangan ini jika kita tiada sokongan NUJ?" kata Kee.
Harus adil
Mengulas perkara ini kemudiannya, pemudah cara forum Zakiah Koya, seorang editor bersama FZ.com berkata, NUJ dijemput ke forum itu namun mereka tidak dapat hadir.
"Kita ada jemput NUJ tetapi semua kepimpinan tertinggi mereka bercuti.
"Untuk berlaku adil kepada mereka, kita perlu ambil maklum yang mereka ada mengeluarkan kenyataan menentang penggantungan ini," katanya.
Turut hadir di celah-celah kira-kira 200 hadirin di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor semalam adalah beberapa wartawan dan penyunting daripada The Heat .
Sebahagian besar hadirin forum berbaju merah sebagai tanda bantahan.
Turut memberikan sokongan adalah Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong dan MP Padang Serai N Surendran.
"How are we

