Majlis Peguam berkata, kerajaan melanggar Perlembagaan Persekutuan apabila menarik balik permit mingguan   The Heat   sebelum memberikannya hak untuk didengar secara adil.

Presidennya Christopher Leong berkata, kerajaan bukan menyalah guna Akta Penerbitan dan Mesin Cetak (PPPA) 1984 dengan menggantung penerbitan itu dua minggu lalu.

“Muncul di dada-dada akhbar bahawa keputusan menggantung permit penerbitan   The Heat   dibuat sebelum penerbitnya diberikan hak untuk didengar terlebih dahulu,” katanya.

Dalam kenyataannya hari ini, Leong berkata, Majlis Peguam sekali lagi menegaskan pendirian mereka supaya PPPA dimansuhkan.

“Ia undang-undang lapuk dan tidak lagi relevan dalam demokrasi moden,” katanya.

[Baca berita penuh]