Sekumpulan NGO pro-kerajaaan meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan tegas termasuk menutup portal Malaysiakini kerana didakwa memberi publisiti kepada satu perhimpunan untuk membantah kenaikan kos sara hidup malam esok.

Jurucakapnya, presiden Persatuan Veteran Tentera MelayuWakil NGO tersebut, Muhammad Ali Baharom berkata Malaysiakini seolah-olah mempromosi himpunan yang didakwanya bertujuan menggulingkan kerajaan itu.

Beliau memberi contoh laporan memetik kenyataan ketua pemuda PAS Suhaizan Kaiat semalam yang mengajak anak muda agar turut menyertai perhimpuan tersebut.

"Sepatutnya Malaysiakini bantu kerajaan. Kena adil dalam menulis berita dalam Malaysiakini .

" (Malaysiakini) sepatutnya minta rakyat jangan hadir atau (minta penganjur) batalkan hasrat penganjur (melalui laporan) berita mereka," kata beliau dalam sidang media di Dataran Merdeka hari ini.

[Berita penuh menyusul]