Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Seorang pelajar dikhuariti lemas selepas terjatuh ke dalam sebuah longkang di Jalan Suasana, Bandar Tun Hussein Onn, di Cheras, Selangor semalam.

    

Mangsa yang dikenali sebagai Salman Mokhtar berumur 10 tahun dipercayai terjatuh ke dalam longkang semasa menuruni lereng bukit bersama tiga lagi rakan untuk pulang ke rumah kerana hujan selepas bermain.

    

Menurut jiran mangsa, Rafidah Hassan, 37, Salman dipercayai tergelincir dalam kejadian pada kira-kira 4 petang itu.

    

"Anak saya Yusoff Amri, 12, menceritakan sewaktu kejadian dia turun ke dalam longkang itu untuk menyelamatkan mangsa.

    

"Bagaimanapun Salman gagal diselamatkan akibat ditolak arus deras manakala anak saya sempat berpaut pada besi longkang," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

    

Katanya semasa kejadian mangsa berbaju merah dan berseluar hijau.

    

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohamad Sani Harul ketika dihubungi Bernama berkata dua jentera dari balai Bomba dan Penyelamat Kajang bersama 12 anggota dikejarkan ke lokasi pada jam 4.54 petang.

Menurutnya, operasi mencari mangsa dihentikan pada pukul 10.30 malam ini dan akan bersambung hari ini.

    

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS